Dianggap Sisa ‘Vampire’, Rangka Mayat Wanita Bersabit & Ibu Jari Berkunci Ditemui

5 Sep 2022 • 1:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dianggap sebagai sisa vampire, rangka mayat wanita bersabit di leher dan ibu jadi berkunci ditemui sepasukan ahli arkeologi baru-baru ini.

Sebelum ini, Poland yang terletak di Eropah Tengah amat dikenali dengan penemuan prasejarah yang dikenali sebagai sisa-sisa ‘vampire’ sehingga menjadikan negara itu sebagai ‘tuan rumah’ atas penemuan yang biasa ditemui.

Jari terkunci dan bersabit di leher, demikian keadaan satu rangka mayat wanita yang dikatakan sebagai sisa-sisa ‘vampire’ ditemui pasukan arkeologi Universiti Nicholas Copernicus, di Kampung Pien, Tenggara Poland baru-baru ini.

Menurut Daily Star, ada teori mengatakan bahawa kunci dan sabit di leher rangka mayat wanita itu adalah bertujuan ‘mengekalkan’ kedudukannya di dalam kubur yang ditanam dalam keadaan pelik pada abad ke-17 dulu.

Selain kunci dan sabit, mayat tersebut turut dipakaikan sutera dikepalanya, menunjukkan wanita itu memegang status sosial yang tinggi dalam masyarakat semasa hayatnya.

Ketua pasukan arkeologi tersebut, Profesor Dariusz Poliński berkata, unsur-unsur aneh pengebumian itu merupakan pegangan teguh masyarakat terhadap ‘kepulangan orang mati’ ketika zaman itu, katanya di Mail Online.

Mengulas lanjut, beliau berkata cara-cara untuk melindungi orang mati daripada ‘kembali ‘termasuk memotong kepala atau kaki, adalah dengan meletakan si mati menghadap ke bawah tanah, membakar serta menghancurkan mereka dengan batu.

image is not available

“Sabit itu tidak diletakkan rata tetapi (diletakkan) di leher, dengan cara itu jika si mati cuba untuk bangun kemungkinan besar kepalanya akan dipotong atau cedera,” katanya.

Tambahnya lagi, ibu jari yang dikunci pada kiri rangka itu kemungkinan melambangkan ‘penutupan dunia dan kemustahilan untuk kembali’.

Terdahulu pada tahun 2016 di Bulgaria, pasukan arkeologi turut menemui ‘vampire’ mayat seorang lelaki berusia 40-an dengan sebatang besi dipalu di dadanya di Perperikon, selatan Thracian.

Dalam masa sama, kakinya juga dialihkan dan diletakkan di sebelah mayatnya.

Ahli arkeologi yang ditugaskan, Nikolai Ovcharov berkata kepada Telegraph, mayat sisa-sisa ‘vampire’ masih dijumpai ekoran daripada ritual ‘anti-vampire’ yang dijalankan.

“Kami tidak meragui bahawa sekali lagi kami melihat ritual anti-vampire dijalankan”, katanya.

Sumber: Daily Star