Diarah Bayar RM213,000, Amelia Henderson Failkan Rayuan Mahkamah – “Apa-Apa Pun Saya Bangga Dengan Diri Saya..”

7 Apr 2023 • 1:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Amelia Henderson memaklumkan dia akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur yang memerintahkan dia untuk membayar RM213,000 kepada penerbit, Datuk A.Aida.

Menurut laporan Mstar, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson menganggap kes berkenaan masih belum berakhir lagi.

Saya hormati keputusan dibuat mahkamah hari ni, saya datang pun tanpa sebarang harapan. Saya rasa kes ni masih berterusan dan kita nantikan sahaja.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun itu berkata dia yakin dengan apa yang dilakukannya itu adalah perkara benar.

Apa-apa pun saya bangga dengan diri sendiri sebab yakin apa yang saya buat ni betul dan perasaan tu yang bagi kekuatan untuk saya failkan rayuan.

Bukan itu sahaja, Amelia turut menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah binti Awang.

Pengalaman saya bekerja dengan A.Aida sangat best. Saya tak ada satu patah perkataan negatif nak cakap pasal dia.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Malah, pelakon kacukan British dan Malaysia itu berharap orang ramai memahami kes ini hanyalah percanggahan pendapat profesional.

Saya hormati semua orang dalam industri dan pengalamn bekerja dengan dia sangat menyeronokkan.

Terdahulu, Amelia diarahkan Mahkamah untuk membayar RM213,000 kepada A.Aida kerana melanggar kontrak drama terbitannya bertajuk ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

Kalah Kes Saman, Amelia Henderson Kena Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A Aida