Diasak Soalan Curang, Hafidz Roshdi Kunci Mulut Tetap Buat Live TikTok Kumpul Hadiah

Entertainment
17 Feb 2023 • 1:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hafidz Roshdi bersama isterinya dan tangkapan layar TikTok live malam tadi

Walaupun kisah rumah tangganya yang goyah menjadi perhatian warganet, pelakon Hafidz Roshdi tetap tenang mengendalikan sesi siaran langsung menerusi platform TikToknya malam tadi.

Ketika sesi live berlangsung, Hafidz diasak bertubi-tubi soalan mengenai khabar angin kecurangannya oleh warganet. 

Namun, tidak ada satu pun komen yang dibalas Hafidz mengenai dakwaan yang dibuat isterinya, Nurul Shuhada menerusi laman Instagram semalam. 

Bukan itu sahaja, aktor itu malah mengajak anak perempuannya, Humairah untuk menyertainya di sesi live berkenaan. Ramai yang bertanya di manakah gerangan isteri,

“Dia tak pakai tudung,” jawab Hafidz ringkas dan terus mengucapkan terima kasih kepada penonton yang memberikannya hadiah sepanjang sesi live berkenaan. 

Terdahulu, tular di laman sosial tangkap layar isteri kepada Hafidz Roshdi mendedahkan seorang perempuan datang ke rumah dan mempunyai hubungan istimewa dengan suaminya.

Dalam kenyataannya, dia memberi gambaran Hafidz seolah-olah melayan wanita berkenaan sehingga memberi kesan emosi kepada dia dan anak-anak. – Getaran, 17 Februari 2023 

View Original Article