Dibayar Rm2.50 Satu Lagu, Grab Rider Ini Diupah ‘Aunty’ Untuk Mendengar Nyanyiannya

10 Oct 2022 • 1:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Okay lah, dapat juga sekali dengar orang berlagu kan? Hehe

Dibayar Rm2.50 Satu Lagu, Grab Rider Ini Diupah ‘Aunty’ Untuk Mendengar Nyanyiannya. Grab rider biasanya terkenal dengan penghantaran makanan kepada pelanggan, tetapi nampaknya mereka juga boleh menampung permintaan lain! (of course, kalau diorang cukup sporting laa.)

Nampaknya, ia sudah menjadi kebiasaan di Thailand untuk Grab rider melakukan perkara di luar skop kerja mereka, yang mana lelaki ini menjadi contoh apabila dia diupah oleh seorang makcik hanya untuk mendengar dia menyanyi!

image is not available
Dibayar Rm2.50 Satu Lagu, Grab Rider Ini Diupah ‘Aunty’ Untuk Mendengar Nyanyiannya

Dibayar ฿20 (RM2.50) satu lagu

Menurut laporan, seorang Grab rider telah diupah oleh seorang mak cik hanya untuk mendengar mak cik itu berlagu. Yes, hanya untuk mendengar aunty itu berlagu gais!

Menerusi Facebook, Grab rider berkenaan menyiarkan video dirinya mendengar seorang makcik menyanyi dengan ฿20 di tangannya. Dalam kapsyen, dia berkata bahawa makcik itu mengupahnya untuk mendengarnya menyanyi – dengan harga ฿20 setiap lagu – dan telah mendengar tiga lagu pada masa dia merakam video tersebut.

https://www.facebook.com/tun.sparta/videos/1023818381646600/?t=0
Sumber: FB Tan Sparta

Rata-rata netizen berasa terhibur dengan permintaan makcik tersebut dan juga mengatakan mereka sanggup dibayar untuk mendengar makcik itu menyanyi.

Yalah, siapa tak nak duit senang kan? Kalau setakat mendengar orang berlagu pun, kita memang kasi on!

Lagi di sini: