Dibayar RM500, Netizen Dakwa BN & PN Bayar TikToker Buat ‘Paid Review’ Untuk Pancing Pengundi

10 Nov 2022 • 3:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lebih banyak followers, lebih banyak ganjaran

Dibayar RM500, Netizen Dakwa BN & PN Bayar TikToker Buat ‘Paid Review’ Untuk Pancing Pengundi. Dengan PRU15 semakin hampir menemui para pengundi, kelihatan beberapa gabungan parti politik sedang mencuba sebaik boleh untuk meraih peminat khasnya menerusi laman sosial media seperti TikTok.

Menerusi satu siri hantaran di laman Twitter, rakyat Malaysia mendakwa gabungan politik Perikatan Nasional (PN) serta Barisan Nasional (BN) menawarkan bayaran untuk TikToker membuat video memberitahu pengikut mereka untuk mengundi parti gabungan tersebut.

Namun, menerusi pemerhatian hanya sebilangan influencer di media sosial sahaja mengambil pekerjaan yang ditawarkan itu dan selebihnya menolak.

image is not available
Dibayar RM500, Netizen Dakwa BN & PN Bayar TikToker Buat ‘Paid Review’ Untuk Pancing Pengundi

Berkempen di media sosial

Menerusi hantaran itu, satu tangkap layar menunjukkan syarat yang telah ditawarkan kepada influencer untuk menyiarkan video di TikTok dan Instagram mereka tentang ‘video ringkas PRU15’.

Syarat tawaran tersebut adalah berdasarkan bilangan pengikut yang dimiliki oleh individu influencer tersebut.

Manakala, PN juga didakwa melakukan perkara yang sama. Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh netizen, mereka menawarkan influencer untuk memakai baju-t PN sambil mempunyai video berkaitan PN di latar belakang.

image is not available

Berikutan perkara yang telah mencetuskan perhatian itu, rakyat Malaysia telah mengutuk tindakan kedua-dua gabungan parti dan juga influencer yang telah menerima tawaran sedemikian.

image is not available
Sumber: WOB

image is not available
Sumber: WOB

image is not available
Sumber: WOB

image is not available
Sumber: WOB

image is not available
Sumber: WOB

Secara hakikatnya, perkara sebegini telah diamalkan sejak berkurun lamanya lagi menerusi pancing undi dengan menggunakan selebriti di kaca televisyen.

Namun, dengan arus pemodenan zaman sekarang yang serba canggih dan digital, influencer merupakan bahan ‘full package’ untuk diperaga mempromosikan agenda setiap parti yang bertanding.