Dibebaskan sementara semalam, Syed Iqmal kongsi video tolak stroller anak

LocalEntertainment
21 Sep 2024 • 6:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah selebriti, Syed Iqmal kongsi video tolak stroller anak selepas dibebaskan sementara semalam di Insta Story miliknya.

Syed Iqmal atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 atau dikenali sebagai Da’i Syed telah ditahan selama 21 hari di Penjara Kajang selepas didapati merogol seorang wanita kira-kira lima tahun lalu.

image is not available

Syed Iqmal kongsi video tolak stroller anak, jalan2 petang

Menerusi Insta Story tersebut, Syed hanya berkongsi video sedang menolak stroller anak di kawasan seakan persekitaran kediaman tanpa memperlihatkan wajahnya serta bayi yang sedang tidur itu.

image is not available

Syed Iqmal kongsi video tolak stroller anak perkongsian pertama selepas ditahan

Perkongsian Insta Story berkenaan adalah yang pertama di buat selepas 21 hari dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman dan media sosialnya juga tidak aktif serta tiada perkongsian terbaru.

Kali terakhir Da’i Syed mengemaskini Instagramnya adalah pada 20 Ogos iaitu sehari sebelum dia didapati bersalah dan perlu menjalani hukuman 10 tahun penjara dengan 3 kali sebatan.

image is not available

Terdahulu, Da’i Syed dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan setelah 21 hari dipenjarakan.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed apabila menyatakan perkara itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi sementara menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Mahkamah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah dengan beberapa syarat namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan berkenaan.

Sumber: Instagram Da’i Syed