Dibuli Siber Dan Dihambur Komen Kebencian Di TikTok, Ibu Tiga Anak Ditemui Mati

9 Aug 2022 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara dihambur dengan komen negatif oleh netizen, seorang pengguna TikTok dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya sendiri.

Wanita itu yang mempunyai lebih 30,000 pengikut di aplikasi popular tersebut telah ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan kemudian dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya.

image is not available

Sumber : Sinar Daily  

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman di mana dia memaklumkan bahawa pihak mereka telah menerima panggilan mengenai kes itu pada jam 11.51 pagi Sabtu lalu.

Semasa dibawa dari rumah, mangsa masih bernafas tetapi meninggal ketika dalam perjalanan.

Mendiang berusia 44 tahun dan tinggal bersama suami dan anak di kediaman mereka di USJ11.

Manakala hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan kematian mendiang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

image is not available

Sumber : Says.com  

Terdahulu, TikTokers yang dikenali sebagai Shashikala Nagarajah difahamkan telah menerima kecaman berhubung penampilan dan juga koleksi beg tangannya di media sosial.

Mangsa dikatakan sering memuat naik konten media sosial mengenai gaya hidup dan juga anak-anaknya dalam bahasa Inggeris dan Tamli. – Berita Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

“Vape Tu Dah Rosak” - Lelaki Sumbat Rokok Elektronik Ke Dalam Mulut Bayi Mohon Maaf, Sudah Dipanggil Polis