"Dicekik, Digigit & Dicampak Ke Lantai" - Pemain Bola Sepak Didakwa 'Belasah' Kekasih Di Bilik Hotel!

9 Jun 2023 • 12:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seorang doktor wanita mendedahkan dirinya telah dibelasah oleh kekasih yang juga merupakan pemain bola sepak selepas berlaku pertengkaran.

Menurut laporan media, lelaki tersebut merupakan bekas pemain kebangsaan dan kini masih aktif beraksi untuk pasukan sebuah negeri.

Perbuatannya itu bukanlah kali pertama namun menurut pendedahan teman wanitanya itu ia sudah berlaku beberapa kali menyebabkan dia membuat keputusan untuk mendedahkan kepada umum.

image is not available

Wanita itu juga mendakwa ditinggalkan berseorangan dalam kesakitan di dalam bilik hotel dan kemudian membuat laporan polis.

image is not available

Sementara itu, menerusi Instagram wanita dikenali sebagai doktor Hana Rose itu kekasih hatinya merupakan pemain bola sepak Sabah, Rizal Ghazali.

image is not available

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan komen netizen terutamanya mereka yang tahu tentang hubungan Hana dan Rizal.

Rata-ratanya tidak percaya bahawa Rizal bertindak kasar dengan kekasihnya dan ada yang bersetuju Hana mendedahkan perangai sebenar pemain bola itu.

image is not available