Didakwa ada skandal, Rita Rudaini titip nasihat buat Bella Astillah terus kuat

Entertainment
3 Apr 2024 • 5:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon Rita Rudaini tampil titip nasihat buat rakan selebriti Bella Astillah berhubung dakwaan tular di media sosial kini.

Baru-baru ini, pelakon bertubuh genit dan penyanyi Bella Astillah didakwa mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu, Muaz Zabir.

Ia berikutan tular foto mesra dan tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Astillah dengan membahasakan diri mereka ‘sayang’ dan ‘baby’.

Selain mesej berbalas ucapan manis ‘I love you’, pemilik akaun itu turut menyelitkan foto intim pasangan terbabit termasuklah sebuah gambar yang bertarikh pada 13 Ogos 2023.

Rita Rudaini titip nasihat buat Bella Astillah

Meskipun sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan daripada Bella, namun pelakon itu dilihat memuat naik kembali status pesanan daripada Rita Rudaini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu hangat.

Dalam hantaran itu, aktres kelahiran Perlis menasihatkan Bella untuk sentiasa yakin dengan ketetapan Allah S.W.T.

Menariknya, aktres berusia 47 tahun menyatakan dakwaan tular tersebut berlaku disebabkan individu terbabit dikatakan takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga akan membuat apa-apa sahaja bagi menutupi kesalahan.

“Bella Astillah jalan terus. Yakinlah, Allah ada dengan awak. Orang yang dikejar bayang-bayang ni memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita.
“Takkan habis sebab bayang-bayang tu akan kejar mereka sampai kiamat. Chill je,”titip nasihat Rita Rudaini.

image is not available

Rita Rudaini juga titip nasihat buat Bella agar terus menjaga amanah Allah iaitu kedua-dua anaknya dengan sehabis baik dan tidak perlu risau mengenai jodoh.

image is not available

Sumber: Instagram Rita Rudaini