Didakwa Ambil Kesempatan Buat Koleksi Khas ‘dUCK Palestin’, Vivy Yusof Nafi Semua Tuduhan

15 Oct 2023 • 8:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah sekian lama tidak menjadi bualan ramai, nama usahawan, Vivy Yusof kini menjadi perhatian di laman media sosial selepas ada yang mendakwa dirinya mengambil kesempatan di atas konflik berlaku di Palestin.

Pemilik jenama dUCK itu sedar atas kecaman ramai dan tampil memberikan penjelasan atas tuduhan yang dilemparkan oleh netizen mengenai penjualan koleksi tudung serta aksesori terbarunya.

Dapat dilihat dalam Instagram Story Vivy, dia memaklumkan syarikatnya sama sekali tidak mengambil hasil dari penjualan koleksi dUCK Palestin tersebut.

image is not available

Katanya, semua keuntungan dari hasil jualan koleksi tersebut akan disalurkan ke organisasi bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia (VPM) untuk bantuan seperti barangan hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan serta makanan.

Tambahan Vivy lagi, ia sama sekali tiada pembayaran balik cukai dengan jualan amal yang dilakukan melalui koleksi dUCK Palestin seperti andaian netizen.

Bahkan, niatnya memperkenalkan koleksi ini juga merupakan atas permintaan ramai atas tanda solidariti untuk Palestin.

image is not available 1 year ago

"Ni Bukan Hijab, Ni Trend Fesyen" - Vivy Yusof Kena Tegur, Buat Tutorial 'Shawl' Tapi Leher Tak Tutup Langsung