Didakwa Atas Pertuduhan Lakukan Amang S*ksual Kanak-Kanak, Abang Bas Menangis Mengaku Tidak Bersalah

LocalPolitics
10 Sep 2024 • 12:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, pemuda yang dikenali sebagai Abang Bas menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu.

Namun begitu, melalui laporan Kosmo! Online, tertuduh yang berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd. Nor.

image is not available

Difahamkan melalui pertuduhan pertama, tertuduh telah mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga merupakan anak saudaranya atas maksud seksual.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

image is not available

image is not available

image is not available

Untuk isu ini, pihak pendakwaan memohon agar Abang Bas melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan tidak dibenarkan menganggu mangsa dan semua saksi pendakwaan termasuk kakak serta ibu sendiri sebagai syarat tambahan hingga kes selesai.

Peguam yang mewakili tertuduh juga merayu jaminan sebanyak RM50,000 yang dikenakan bagi setiap pertuduhan dikurangkan atas alasan anak guam tidak mempunyai gaji tetap kerana hanya bekerja sebagai pemandu bas sekolah.

image is not available 2 days ago

“Nampak Ikhlas Sayang Budak-Budak..” - Baby Shima Kesian Abang Bas Ditahan