Didakwa Cuba Hasut Rakyat, Aeril Zafrel Nafi Ambil ‘Job’ Berbayar Sokong PN – “Stop La Fitnah Kami..”

Politics
3 Feb 2023 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal didakwa mendapat bayaran daripada parti politik, Perikatan Nasional (PN) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Dakwaan itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Azrul Fitri menerusi ciapan di laman Twitter.

Menerusi hantaran tersebut, Azrul mendakwa Aeril dan Wawa telah mengambil tawaran berbayar untuk menjadi pempengaruh bagi menghasut rakyat Malaysia untuk menyokong parti tersebut.

image is not available

Tampil memberi respon, Aeril menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu berkenaan tidak membuat permohonan maaf dalam tempoh 12 jam.

Susulan itu, Azrul tampil membuat permohonan minta maaf secara terbuka kepada pasangan suami isteri itu.

image is not available

Bagaimanapun, Aeril berharap individu tersebut berhenti menyebarkan fitnah membabitkan mereka memandangkan perkara itu memberi kesan mendalam kepada dia dan isteri.

Stop la fitnah kami.. penat dah nak explain. Yang fitnah ni dari dulu sama je, tanamkan kebencian dulu, lepastu baru mintak maaf.

Menurutnya lagi, dia boleh sahaja mengambil tindakan menyaman individu berkenaan namun enggan memanjangkan isu tersebut.

Tuduhan yang dilemparkan ni memang sah-sah aku boleh saman. Tapi aku malas nak panjangkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 jam lalu

(VIDEO) Netizen Puji Fikry Ibrahim Pandai Jaga, Siap Mekapkan Ibu - "Straight Masuk Syurga Hang Nanti"