Didakwa Hari Ini Atas Kesalahan Buat Laporan Palsu Kereta Terjunam, Ramai Minta Ikon Permotoran Dipenjarakan – “Menyusahkan Banyak Pihak!”

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 10:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berhubung kes laporan palsu sebuah kereta terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, dua orang adik-beradik iaitu pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30 dilihat berada di Mahkamah Majistret Muar, pagi tadi.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh pihak Bernama, Ija dan adiknya dilihat memakai mask sambil berjalan masuk ke dalam mahkamah diiringi oleh seorang pegawai polis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bernama (@bernamaofficial)

Difahamkan, kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, warganet rata-ratanya meluahkan rasa marah dan berharap agar dua individu dikenakan hukuman yang setimpal seperti dipenjara kerana telah menyusahkan ramai pihak.

image is not available

Sekadar info, tular berita mengenai seorang peniaga dan pemilik kedai aksesori kenderaan didakwa hilang pada 15 Julai lalu, selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong.

image is not available 2025-07-19 18:12:14

"Cari Kau 4 KM Dalam Ladang Kelapa Sawit, Sampai Keluar Air Mata Jantan" - Kawan Baik Ija Nizarudin