Didakwa Ira Telah Diceraikan Oleh Syamsul Yusof Melalui Whatsapp, Kazar Saisi Hanya Mampu Memberi Doa Sebagai Respon

30 Oct 2023 • 4:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini, pasangan sensasi Syamsul Yusof yang merupakan pelakon dan pengarah terkenal bersama isteri, Ira Kazar anak kepada aktor veteran, Kazar Saisi dikatakan telah bercerai melalui aplikasi Whatsapp.

Timbulnya dakwaan itu dari sebuah blog hiburan, katanya isteri baru pelakon itu juga telah dihalau dari rumah dan diceraikan oleh kerana ‘penyakit berbahaya’ yang dimilikinya.

Pula, netizen tak ada kerja.

Apabila ditanya tentang kesahihan dakwaan tersebut, bapa bekas madu kepada Puteri Sarah iaitu Kazar hanya memberi jawapan ringkas serta sekeping gambar yang bertuliskan doa.

image is not available

Sumber : Portal  

Kiriman potongan doa dari surah Ali’ Imran itu menyeru bagi sesiapa yang bersabar, maka Allah S.W.T akan menolong mereka dengan lima ribu malaikat.

Melalui maksud mesej yang ingin disampaikan, mungkin saja Kazar ingin memberitahu perkara itu hanyalah dakwaan kosong oleh pihak tertentu dan hubungan anaknya bersama sang suami baik-baik saja.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Kenapa Macam Nampak.." - Ira Kazar Promosi Produk Aliff Syukri, Tapi Netizen Perasan Benda Lain?