Didakwa Jadi Isteri Kedua Gabenor Indonesia, Usahawan Vie Shanti Perjelas Status Perkahwinan

LocalPolitics
21 Jan 2026 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan Malaysia, Vie Shantie Khan, tampil menjelaskan status sebenar susulan dakwaan tular kononnya beliau berkahwin dengan Gabenor Aceh sebagai isteri kedua.

Kekeliruan itu tercetus selepas beberapa poster dan gambar memaparkan Vie Shantie bersama Gabenor Aceh tersebar di media sosial, sekali gus mengundang salah faham dalam kalangan netizen yang mengaitkan hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Advertisement
View this post on Instagram

Bagaimanapun, Vie Shantie menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar. Menurutnya, kehadiran beliau dalam majlis berkenaan adalah bagi meraikan penyatuan dua keluarga, bukan perkahwinannya sendiri.

Jelas usahawan itu lagi, majlis tersebut sebenarnya melibatkan perkahwinan anaknya, dan bukannya seperti yang disalah tafsir oleh orang ramai.

image is not available

Bagi menamatkan spekulasi, Vie Shantie turut memuat naik foto bersama suami sebenar di Instagram, sekali gus menafikan segala dakwaan yang tersebar sebelum ini.

Penjelasan itu sedikit sebanyak meredakan kekeliruan netizen yang sebelum ini beranggapan poster serta visual tular tersebut menggambarkan perkahwinan baharu melibatkan dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-21 13:10:14

"Mempertahankan Seseorang? Kalau Benar, Sila Tunjukkan Bukti" - Nabila Razali

The post Didakwa Jadi Isteri Kedua Gabenor Indonesia, Usahawan Vie Shanti Perjelas Status Perkahwinan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article