Didakwa Pindah Ke Paris, Peminat Gembira Lihat Penampilan Lisa BLACKPINK Di Korea

Entertainment
13 Dec 2023 • 3:54 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Penampilan Lisa di Lapangan terbang di Korea telah menjadi perbualan ramai.

Pada 13 Disember, Lisa BLACKPINK telah membuat penampilan di lapangan terbang antarabangsa Incheon. Di mana, ahli BLACKPINK itu dikatakan akan pergi ke Thailand untuk menghadiri acara yang dianjurkan oleh Celine.

Dalam masa yang sama, kemunculannya di lapangan terbang itu telah menjadi penampilan pertama Lisa selepas dia didakwa tinggal bersama dengan teman lelakinya Frédéric Arnault di Paris dan turut membawa haiwan peliharaannya pergi ke negara itu juga.

Ahli BLACKPINK itu telah disambut mesra oleh ramai peminat. Malah, penampilan Lisa yang berseri-seri juga telah menjadi topik yang hangat dan mencetuskan pelbagai perbincangan di forum atas talian di Korea.

Tidak berhenti di situ, Lisa juga telah dipuji di atas layanannya kepada peminat yang berada di lapangan terbang tersebut. Di mana, dia didapati telah berinteraksi dan mengambil surat tulisan tangan serta hadiah yang disediakan oleh peminat.

Malah, Lisa juga telah menghiburkan peminat di sana selepas mendedahkan bahawa dia memakai seluar yang salah di lapangan terbang itu.

Comel je Lisa kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.