Didakwa Sudah Bercerai Dengan Datuk Red, Adira Bertegas – “Itu Fake Account, Jangan Tertipu”

12 Dec 2022 • 4:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Adira Suhaimi didakwa kini bergelar janda dan ibu tunggal selepas tular sebuah video di laman TikTok mengatakan dia sudah bercerai dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Tampil menafikan dakwaan tersebut, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata dia masih bergelar isteri kepada Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Malah, Adira meminta pengguna media sosial supaya tidak tertipu dengan fitnah yang dilakukan oleh pengguna akaun TikTok berkenaan.

Menurut penyanyi lagu Ku Ada Kamu itu, individu berkenaan mungkin cuba untuk meraih pengikut dengan mengambil kesempatan ke atas namanya.

Fake account.. fake account. Jangan tertipu, tak payah follow. Dia mungkin nak mintak followers je tu.

Bukan itu sahaja, Adira turut berkongsi video memaparkan dia dan suami yang sedang duduk sambil menikmati minum petang bersama di sebuah kafe.

Alhamdulillah, Adira masih lagi okay dengan husband. Masih sayang lagi.

Info tambahan, Adira telah mendirikan perkahwinan dengan ahli perniagaan itu di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3, dan Ayub berusia dua bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

(FOTO) "Saya Bahagia Melampau!" - Bad Indigo Dah Ada Pengganti, Kongsi Foto Teman Wanita Di IG