Didakwa Terima Rasuah, Siasatan Dilancarkan Terhadap 2 Anggota Polis Di Sabah

30 Mar 2023 • 2:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siasatan telah dilancarkan untuk menentukan kesahihan

Didakwa Terima Rasuah, Siasatan Dilancarkan Terhadap 2 Anggota Polis Di Sabah. Dilaporkan dua anggota polis di Sandakan, Sabah, didakwa menerima rasuah dan siasatan kini dilancarkan terhadap anggota polis terbabit.

Ini susulan rakaman yang menunjukkan dua anggota polis itu menerima sesuatu daripada orang awam, dipercayai rasuah.

image is not available
Didakwa Terima Rasuah, Siasatan Dilancarkan Terhadap 2 Anggota Polis Di Sabah

Dirakam menerima rasuah

Baru-baru ini, klip berdurasi 16 saat tular di media sosial yang menunjukkan dua anggota polis berbual dengan dua pemuda berpakaian t-shirt hitam di hadapan sebuah lot kedai.

Namun, ketika salah seorang anggota polis itu beredar dari situ, seorang daripada lelaki muda itu berjalan ke arah seorang lagi anggota polis dan menyerahkan sesuatu kepadanya sambil berjabat tangan. Walaupun tidak diketahui apakah barang itu, ia dipercayai rasuah.

image is not available
Kredit: Twitter

Polis melancarkan siasatan

Polis sejak itu telah melancarkan siasatan berhubung perkara itu. Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah menerima aduan awam mengenai rakaman itu.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sebarang kemungkinan berlaku salah laku dan mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pegawai dan pemberi sekiranya ada bukti berlakunya kesalahan.

image is not available
Kredit: Sabah Post

Beliau turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes itu supaya menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.

Lagi di sini: