Didakwa terima rasuah ubah laporan kimia kes dadah, dua penjawat awam direman

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 4:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 11 SEPT: Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.

Perintah reman terhadap seorang lelaki dan dua wanita berumur antara 30 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, dua penjawat awam terbabit dipercayai menerima wang rasuah masing-masing berjumlah RM15,000 secara berasingan pada 2021 dan 2022 sebagai balasan untuk mengubah keputusan laporan kimia berhubung siasatan kes dadah.

Suspek disyaki menerima rasuah secara berasingan melalui transaksi pindahan wang yang berlaku pada 2021 dan 2022 ke akaun milik suspek daripada akaun bank suspek ketiga yang ditahan kerana disyaki turut bersubahat meminta dan menerima rasuah bagi pihak suspek utama.

Ketiga-tiga suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan antara 9.15 malam hingga 9.30 malam tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved