Didakwa Tiada Lesen, Peniaga Mengamuk Penguat Kuasa Rampas Barang Di Dataran Merdeka – “Saya Jual Air & Tisu Saja..”

LocalPolitics
26 Mar 2025 • 3:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang diketahui umum, berniaga di kawasan awam tanpa mendapatkan lesen yang sah merupakan satu kesalahan.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang peniaga yang dipercayai tidak mempunyai lesen perniagaan telah mengamuk apabila barang jualan dirampas oleh dua individu yang dipercayai pegawai penguat kuasa.

Kejadian tersebut telah dirakam dan disaksikan oleh orang awam yang sedang menunggu waktu berbuka puasa di Dataran Merdeka.

Buang barang jualan tanda protes

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan penguat kuasa lalu bertindak membuang botol-botol air dan tisu jualannya di atas padang sebagai tanda protes.

Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai tersebut dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri ketika lelaki tersebut membuat kekecohan. Turut dilihat seorang wanita yang mula masuk campur dan memarahi pegawai tersebut di khalayak ramai.

Video tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen dan rata-rata menyokong tindakan pegawai tersebut dalam menjalankan tugas mereka.

Mereka juga berpendapat tindakan peniaga itu sangat tidak wajar kerana tidak adil kepada peniaga-peniaga lain yang mempunyai lesen untuk berniaga di situ.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 days ago

MB Negeri Sembilan Sumbang Wang Ganti Rugi Dan Lesen Sementara Berniaga Buat Peniaga Petai Tular