Didapati Bersalah, Pelakon ‘Squid Game’ Ini Dijatuhi Hukuman Penjara Dek Lakukan Serangan Seksual

Entertainment
16 Mar 2024 • 11:22 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pelakon “Squid Game”, iaitu Oh Young-soo telah didapati bersalah di atas kesalahan melakukan serangan seksual.

Pelakon yang berusia 79 tahun itu telah dijatuhi hukuman penjara selama 8 bulan, digantung selama dua tahun dan diperintahkan untuk melakukan program rawatan keganasan seksual selama 40 jam oleh Mahkamah Daerah Suwon.

Terlebih dahulu pada November 2022, Oh Young-soo telah dituduh memeluk seorang pelakon wanita dan mencium pipinya tanpa kebenaran. Malah, pelakon itu juga telah didapati melakukan serangan seksual terhadap seorang pelakon wanita buat beberapa kali pada tahun 2017.

image is not available

Tidak berhenti di situ, pelakon yang memenangi “Golden Globe” disebabkan oleh lakonannya dalam “Squid Game” ini juga dikatakan telah menyewa satu bilik kosong dan membawa mangsa-mangsanya ke situ.

Namun begitu, walaupun telah didapati bersalah, Oh Young-soo telah memberitahu pihak media bahawa dia merancang untuk membuat rayuan kepada pihak mahkamah.

Hmm apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.