Didapati Kotor, Sebuah Food Court Terkenal Di Metrocity Kuching Diarah Tutup

16 Mar 2023 • 11:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebuah medan selera di Metrocity Kuching telah diarahkan tutup baru-baru ini

Didapati Kotor, Sebuah Food Court Terkenal Di Metrocity Kuching Diarah Tutup. Apabila bercakap tentang tempat makan awam, kebersihan adalah perkara yang sangat penting untuk dijaga.

Namun, sebuah medan selera terkenal di Metrocity baru-baru ini diarah tutup sementara kerana tidak mematuhi spesifikasi kebersihan.

image is not available
Didapati Kotor, Sebuah Food Court Terkenal Di Metrocity Kuching Diarah Tutup

Ditutup sehingga 28 Mac 2023

Menerusi perkongsian di laman Facebook, individu ini memuat naik satu gambar yang memaparkan sebuah notis perintah tutup di pagar masuk medan selera terbabit.

Menurut notis tersebut, medan selera berkenaan diarahkan tutup sehingga 28 Mac 2023 kerana didapati tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

image is not available
Kredit: Facebook

Penutupan yang mengejutkan

Difahamkan, medan selera ini adalah salah satu medan selera popular di kawasan Metrocity. Sebelum notis ini dihebahkan, ramai yang tertanya-tanya mengapa medan selera tersebut tidak dibuka setakat ini.

Ada juga yang mengatakan penutupan premis itu memberi kesan kepada peniaga gerai lain di medan selera itu. Namun begitu, terdapat juga yang mengatakan ini adalah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan pelanggan, dan pelanggan akan dapat menjamu selera di sana sebaik sahaja medan selera berada dalam keadaan bersih.

image is not available

Lagi di sini: