Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam? Kerajaan Akan Denda RM1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

LocalPolitics
19 Nov 2024 • 2:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Malay Mail, kini peniaga bukan Islam di dalam pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas diberi amaran susulan salahguna simbol Islam untuk kaburi mata pelanggan.

Peniaga bukan Islam dilarang guna simbol agama Islam

Didalam jawapan bertulis kepada Parlimen semalam, kementerian memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang salahguna simbol Islam seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, atau ayat-ayat Al-Quran bagi perdaya pelanggan Muslim.

image is not available

Difahamkan, mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, peniaga yang didapati salahguna simbol Islam boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Peniaga Islam tak terkecuali, dapatkan sijil halal sah

Hal ini bukan saja ditujukan buat peniaga bukan Islam, malah peniaga Muslim juga tidak terkecuali, di mana KPDN menegaskan istillah halal tanpa mempunyai sijil halal sah merupakan satu kesalahan besar.

image is not available

Diingat buat semua peniaga untuk mendapatkan sijil halal terlebih dahulu sebelum menggunakan istillah, simbol atau sebarang bentuk pemasaran menggambarkan produk mereka halal digunakan pakai.

image is not available 2 months ago

"Kenapa Begitu Lama, Cepat Bagi Saya Sijil" - Halal Atau Tidak? Restoran Uncle Roger Di Pavilion Dalam Proses Dapatkan Sijil Dari JAKIM