Didapati Terlalu Kotor, Tiga Premis Makanan Di Bintulu Diarahkan Tutup

26 Mar 2023 • 11:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ketiga-tiga premis makanan tersebut didapat tidak mematuhi spesifikasi kebersihan

Didapati Terlalu Kotor, Tiga Premis Makanan Di Bintulu Diarahkan Tutup. Dilaporkan tiga premis makanan di Bintulu telah diarah tutup apabila didapati tidak mematuhi spesifikasi kebersihan.

Arahan ini dikeluarkan susulan satu operasi dijalankan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan pasukan penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

image is not available
Didapati Terlalu Kotor, Tiga Premis Makanan Di Bintulu Diarahkan Tutup

Hasil nilai kompaun dikeluarkan berjumlah RM15,400

Tujuan operasi berkenaan dijalankan adalah untuk memastikan premis makanan mematuhi aspek kebersihan dan amalan pengendalian makanan yang baik.

Operasi yang dijalankan pada 21-23 Mac lalu menyebabkan tiga premis makanan terbabit diarahkan untuk tutup dan 18 notis dikeluarkan mengikut mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983.

image is not available
Keadaan dapur yang tidak memuaskan. Kredit: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

image is not available
Tempat pemotongan bahan mentah. Kredit: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

image is not available
Perkakas makanan di atas jalan raya. Kredit: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Pihak premis makanan diingatkan agar sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan pada setiap masa bagi mengekalkan kebersihan premis dan keselamatan makanan.

image is not available
Pengurusan sampah-sarap yang tidak teratur. Kredit: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

image is not available
Peti sejuk beku yang kotor dan susunan stok makanan yang tidak teratur. Kredit: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung keselamatan makanan boleh dirujuk pada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di talian 086-858200.

Lagi di sini: