

Selepas Hyundai Motor Company (HMY) mengumumkan pihaknya kini berdiri dengan sendiri dan sudah tidak lagi bergantung kepada Sime Motors, Hyundai Motor Malaysia membuat penampilan pertamanya dengan media dengan mendedahkan tiga model terbaharunya, Hyundai Tucscon, Hyundai Santa Fe dan Hyundai Staria pada prantonton eksklusif untuk media di ibu negara, sebentar tadi.
Bagaimanpun, pihak Hyundai tidak membuat sebarang pengumuman harga mengenai ketiga-tiga model itu dan difahamkan harganya akan diumumkan pada 2 Julai nanti.

Apapun, bagi yang ingin mengetahui mengenai Hyundai Tucson, berikut adalah perinciannya:
Dari segi dimensi, Hyundai Tucson berukuran 4,640 mm (Panjang), 1,865 mm (lebar), 1,665 mm (tinggi) manakala Jarak roda pula 2,755 mm.
Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan gril radiator, manakala logonya disepadukan di dalam cermin dan hadir dengan lampu Parametric Jewel.

Melihat kabinnya, Hyundai Tucson hadri dengan skrin sentuh 6.6 inci, konsol tengah direka emula, kemasan rim jenis hitam, kerusi jenis kulit tetapi hanya untuk varian (Prime, Prestige, ICE dan HEV sahaja).
Selain itu, ia hadir dengan skrin melengkung bersiz 12.3 inci,Steering Column-Type Shift By Wire (SBW) with Paddle Shifters (Varian prestige ICE & HEV sahaja), pad pengecas wayarles dan Electro Chromatic Mirror (ECM) - Auto Dimming
Mengenai trenkuasanya, Hyundai Tucson hadir dengan tiga pilihan enjin dimana enjin 2.0 MPI mampu menghamburkan kuasa etakat 156 PS dan tork 192 Nm serta digandingkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.



Sementara itu, enjin 1.6 TGDI pula mampu menghasilkan kuasa setakat 180 PS/265 Nm dan digandingkan dengan transmisi DCT tujuh-kelajuan, manakala varian tertinggi pula diberikan enjin 1.6T HEV. Varian tertinggi ini mampu menghasilkan kuasa setakat 235 PS dan tork 367 Nm serta digandingkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.
Datang pula dengan ciri keselamatannya,anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan ciri keselamatan memandangkan ia dilengkapi dengan enam beg Udara, Bantuan Elak perlanggaran hadapan, Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Jelajah Pintar dan sebenarnya ada banyak ciri lain.
Apapun teruskan Bersama Carz.com untuk mengetahuu Harga sebenar Hyundai Tucson ini.
