Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Cars
22 Sep 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelimanya di China, baru-baru ini.

Kereta sedan segmen-C ini bukan sahaja lebih besar, malah hadir dengan beberapa elemen reka bentuk baharu serta barisan trenkuasa yang diperbaharui.

image is not available

Emgrand generasi kelima ini n berukuran 4,815 mm panjang, 1,885 mm lebar, dan 1,480 mm tinggi dengan jarak roda 2,755 mm, sekali gus ia agak hampir dengan kategori sedan segmen-D.

image is not availableimage is not available

Dari segi reka bentuk, Emgrand baharu ini menerima rombakan besar memandangkan rekaan hadapan ini menampilkan lampu utama LED lebih tajam, gril depan jenis “polygonal waterfall” serta bampar depan yang lebih sporty.

Menjengah bahagian belakangnya pula, Emgrand baharu ini turut mendapat rekaan belakang lebih kemas dengan lampu belakang LED nipis, tulisan "Geely" baharu menggantikan lencana standard, ekzos berkembar, serta beberapa kemasan perak di sekitar bampar belakang.

image is not availableimage is not available

Dengan bentuk yang lebih panjang, profil sisi sedan ini juga tampak lebih sporty sambil dipadankan rim aloi baharu dengan rekaan dwilima jejari.

Lebih banyak perubahan dapat dilihat di ruang kabin, di mana sedan ini kini dilengkapi dengan skrin infotainmen tengah bersaiz 14.6 inci dan kluster LCD digital dimana kedua-duanya dikuasakan oleh sistem Flyme Auto OS.

image is not availableimage is not available

Selain itu terdapat juga beberapa butang fizikal pada konsol tengah, tombol gear kristal, pengecas tanpa wayar 50-watt, pelbagai kemasan krom, bumbung suria panorama, corong penyaman udara khusus di belakang, dan banyak lagi.

Dari segi trenkuasa, Emgrand baharu ini akan menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder turbo yang sama seperti pada Coolray baharu dan Proton X50 baharu.

image is not available

Jentera ini dikatakan mmapu menghamburkan kuasa setakat output 178 hp dan 290 Nm. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, sedan ini dijangka menggunakan gearbox automatik DCT sama seperti X50.

Geely turut mendakwa kelajuan maksimum mampu mencecah 200 km/j.

Setakat ini, Geely masih belum mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk Emgrand generasi baharu ini, tetapi ia dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini.