
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 47 tahun didenda RM1,300 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas kesalahan menyerang seorang lelaki.
Nelson Labansin mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas tuduhan secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pengawal keselamatan Sahairul Samshudin, 47, pada 6 Julai, jam 9.45 pagi, di pintu 2, Institut Latihan Kementerian Kesihatan, di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menyatakan Nelson memukul pengadu menggunakan seunit walkie-talkie yang menyebabkan pengadu mengalami kesakitan dan lebam di kepala.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Nelson memohon hukuman ringan.
Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 24 tahun diperintah membayar denda RM1,300 atau penjara sebulan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di khalayak ramai.
Nur Haizah mengaku melakukan kesalahan itu pada 2 Jun lalu, jam 3.50 petang, di sebuah restoran di Plaza Kivatu, Penampang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Inspektor Suzie S.K. yang melakukan pendakwaan, memaklumkan mahkamah bahawa Nur ditahan sepasukan polis semasa Ops Dadu selepas didapati melakukan kesalahan itu.
Sebuah telefon bimbit, sekeping slip kertas bertulis nama pengguna dan kata laluan untuk aplikasi perjudian dalam talian dan wang tunai RM53 turut dirampas daripada Nur, kata pihak pendakwaan.
Nur melalui peguam dilantik merayu hukuman ringan.
Mahkamah memerintahkan wang tunai itu dilucuthakkan sebagai hasil kerajaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

