
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang memuat naik kata-kata kesat di media sosial Facebook yang menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) didenda RM30,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, menjatuhkan hukuman itu ke atas Jasmie Jariman yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya pada Isnin.
AdvertisementJasmie memuat naik kata-kata kesat melalui halaman Facebook miliknya - Jasmie Bang Bos pukul 10 malam, 22 Januari 2023, di sebuah rumah di Kg Pengiran, Sipitang.
Komen tersebut dibuat dengan niat untuk menyakiti perasaan orang lain.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak Kuala Lumpur: East Malaysia is an important market for Ford 4WD vehicles, says Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) Sdn Bhd Managing Director Turse Zuhair Nahason Affan. SDAC is the sole Ford distributor in Malaysia. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu membawa hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, Jasmie yang tidak diwakili merayu hukuman ringan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah menggesa mahkamah mengenakan hukuman berat atas alasan ia melibatkan kepentingan awam kerana Jasmie telah memuat naik kata-kata tersebut di Facebook untuk menghina PDRM.
Susulan laporan polis, Jasmie ditangkap, dan telefon bimbit yang digunakan untuk memuat naik komen tersebut di Facebook turut dirampas.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Siasatan lanjut mendapati Jasmie menggunakan telefon bimbitnya untuk memuat naik kata-kata kesat itu bagi menghina PDRM.


