Didera sampai badan ‘berlubang’? Kanak2 ceria jumpa bapa kandung

14 Aug 2023 • 2:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kes dipercayai dera yang berlaku di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor terhadap kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun tular telah mendapat perhatian banyak pihak.

Ia selepas beberapa video serbuan dibuat oleh jiran tetangan dan dikongsikan di media sosial yang dipercayai menjadi mangsa penderaan ibu kandung dan rakan tomboy yang mengaku pasangan ‘suami isteri’ .

Gembira, ceria jumpa bapa kandung

Terbaharu, difahamkan kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil selepas berjaya diselematkan dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Malah, kanak-kanak berkenaan juga kelihatan ceria setelah bertemu dengan ahli keluarganya terutama bapa kandung selepas melihat beberapa video tular dan dimuat naik oleh bapanya.

“Alhamdulillah, jumpa balik harta dunia akhirat aku. Anak yang tak pernah aku naik tangan kat depa. Selama ni aku diam ja,”tulisnya.

@amirulhaizad55

Alhamdulillah jumpa balik harta dunia akhirat aku.. anak yang tak penah aku naik tangan kat depa..selama ni aku diam ja #eimandarwisy

♬ Cahaya Mata (OST ‘Remp-it 2’) – Black Hanifah & Cat Farish & Danial Bogers & Kombatt

@amirulhaizad55

apa yang papa buat untuk anak2 papa tu antara papa ngn Allah..janji papa sayang anak2 papa..anak2 papa dunia akhirat papa..#iloveyoumyson

♬ suara asli – xxput_ri – mamah Eca

Setahun lebih cari anak dibawa lari bekas isteri

Dia yang dikenali Amirul Haizad memaklumkan dirinya sudah lama mencari anak kandungnya yang dibawa lari oleh bekas isteri sejak 5 September 2022.

“Bukan baru muncul. Anak yang saya cari selama setahun lebih, bekas isteri saya bawa lari depa dari saya. Dah block saya, dia bawa lari 5 September 2022,”maklumnya.

image is not available

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, kanak-kanak itu juga kelihatan gembira dan masih dirawat di Bahagian Kanak-Kanak Hospital Sultan Ismail (HSI).

Selain bapa kandung, antara yang hadir ke hospital bagi menziarahi kanak-kanak tersebut dari Kedah adalah bapa saudara dan datuk.

 

Tambah Khairin-Nisa, kanak-kanak lelaki itu akan menerima rawatan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada waris atau orang yang layak dan sesuai di kampung halamannya.

image is not available

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan kejiranan kerana prihatin dan mengambil tindakan proaktif bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada terus menjadi mangsa penderaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan pihak polis telah menahan reman pasangan terbabit (ibu mangsa & rakan tomboy) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala suspek berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari. Malah, pihak polis turut merampas dua batang rotan bagi membantu siasatan.

Hasil semakan rekod mendapat kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau.

Sumber: TikTok @amirulhaizad55, Kosmo! Online (Khairul Mohd Ali)