Didie Alias Minta Hentikan Spekulasi Kes Along Cham – “Jangan Sebar Benda Tak Sahih…”

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 12:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengacara, Didie Alias tampil meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi berhubung isu dadah yang melibatkan rakannya, Along Cham.

Menurut Mstar, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali berkata kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan dia berharap orang ramai tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai tomahan terhadap Along.

image is not available

Saya memang rapat dengan Along. Satu sahaja pesanan saya buat orang ramai. Tolong berhenti! Itu sahaja.

 

Siapa tahu, dia tahu. Jangan sebar benda tak sahih. Kita jaga nama, aib dan keluarga. Jangan keruhkan keadaan.

Pelakon itu turut berkata masyarakat tidak perlu memperbesar isu tersebut sebaliknya lebih afdal jika mendoakan perkara yang baik buat Along.

Jangan dibesarkan perkara ini. Doakan semoga urusan Along dipermudahkan.

Didie turut menambah, buat masa ini dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana kes ini dikendalikan oleh peguam yang telah dilantik oleh keluarga pelawak tersebut.

Terdahulu, Along telah ditahan bersama dua paket yang disyaki dadah jenis ganja.

Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang pada 20 Disember yang lalu atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja.

image is not available 2 weeks ago

"Tolonglah, Saya Merayu, Saya Ada Anak" - Along Cham Berdepan Penjara Seumur Hidup