“Didikan Suami Soleh” – Makin Seksi, Netizen Kata Isteri Yonnyboii ‘Culture Shock’

14 Nov 2022 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira.

Menerusi video tersebut, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman bin Nor Azrin bersama isterinya melakukan trend di aplikasi bekenaan dengan berjalan seperti model mengikut rentak lagu Gaga Dance.

Namun, apa yang mencuri perhatian ialah penampilan terbaharu isterinya yang kini semakin seksi dan gemar berpakaian mencolok mata sehingga mengundang kritikan orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam Nazira kerana dilihat semakin ‘menjadi-jadi’ selepas mengambil keputusan untuk membuka hijab dan tidak lagi bertudung.

Selain itu, ada juga yang mendakwa Nazira mengalami ‘cultural shock’ selepas berkahwin dengan penyanyi lagu Salahku itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut menyifatkan perubahan imej tersebut sesuai dengan pasangan itu kerana menyifatkan jodoh adalah ceminan diri.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 jam lalu

"Bertanduk Macam Setan" - Ditegur Pakai Kostum 'Maleficient', Fasha Sandha Kata 'Just For Fun'