Diesel Dihantar Ke Filipina Bukan Dari Perut Bumi Malaysia – Fahmi

LocalPolitics
15 Apr 2026 • 8:36 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

PUTRAJAYA – Kerajaan sekali lagi menegaskan kira-kira 329,000 tong diesel yang dihantar ke Filipina, baru-baru ini, bukan berasal dari Malaysia sebagaimana dilaporkan beberapa media antarabangsa.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata dakwaan itu disahkan tidak benar sama sekali kerana bekalan minyak diesel tersebut bukan hasil daripada aktiviti cari gali di mana-mana telaga di negara ini.

“Ditanya tentang diesel tadi, minyak yang sampai ke Filipina itu bukan minyak dari perut bumi Malaysia. Disahkan,” katanya pada taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Isnin lepas, Fahmi menjelaskan bekalan diesel tersebut bukan diproses oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atau mana-mana syarikat minyak tempatan, tetapi dimiliki dan dijual oleh syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Vitol.

“Hakikatnya, minyak berkenaan bukan diproses oleh Petronas atau mana-mana syarikat minyak tempatan, sebaliknya ia milik Vitol yang telah dijual kepada Filipina, dengan kapal itu hanya berlepas dari perairan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, media Filipina melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia dihantar ke negara itu bagi menambah bekalan bahan api negara berkenaan ketika ketidaktentuan pasaran global.

Menurut laporan itu, penghantaran berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Filipina memperkukuhkan bekalan domestiknya.

The post Diesel Dihantar Ke Filipina Bukan Dari Perut Bumi Malaysia – Fahmi appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved