![Image from: Diet Tapi Nak Makan Dessert? Doktor Kongsikan Resepi Buat Kek Sihat & Mudah [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Kek-coklat-sihat-dan-sedap-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ketika ini ramai yang mula menyedari kepentingan gaya hidup yang sihat. Bahkan ramai yang mula meninggalkan tabiat makan makanan yang tidak sihat seperti gula atau garam berlebihan dan sebagainya.
Namun dalam menjaga pemakanan atau mengamalkan diet yang sihat, tak dinafikan ada ketika lidah ni terasa seperti nak makan manisan seperti kek dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada masalah jika ada ketika anda rasa ingin menikmati kek.
Yelah menjalani diet yang terlalu ‘strict’ juga akan buat korang bosan jadi jom belajar cara nak buat kek yang sedap dan sihat.
Doktor kongsikan resipi buat kek sihat dalam masa 2 minit
Seorang pengamal perubatan, Dr Athina Zulkifli telah berkongsi menerusi satu video di TikTok cara membuat kek coklat yang sihat hanya dalam masa dua minit sahaja.
Menerusi video tersebut, Dr Athina turut menyifatkan kek coklat itu bukan sahaja mudah untuk dilakukan bahkan ia juga mempunyai tekstur yang lembut.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek coklat sihat ini:
- 1 biji pisang masak bersaiz sederhana
- 1.5 (1 1/2) sudu makan tepung koko yang tidak manis (unsweetened)
- 2 sudu makan oatbran atau oat
- 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
- 1/2 skop serbuk protein
- 1 biji telur (saiz sederhana)
- Coklat cip
- Campuran kekacang
- Mentega kacang
Cara nak buat kek sihat
Dalam rakaman tersebut, cara untuk membuat kek coklat yang sihat ini adalah:
- Lenyekkan pisang sehingga ia hancur atau tiada ketulan pisang yang besar. Dalam erti kata lain tekstur seperti nak buat cekodok.
- Kemudian masukkan serbuk koko, oat, serbuk penaik dan gaulkan sehingga sebati.
- Apabila bahan sudah digaul sebati, masukkan serbuk protein (mengikut pilihan anda) dan juga sebiji telur dan gaul semula sehingga sebati.
- Masukkan kekacang yang dipotong kasar dan juga coklat gelap (dark chocolate) serta gaul sekali lagi sehingga sebati.
- Kemudian masukkan ke dalam bekas kecil dan hiaskan dengan topping yang disukai. Jika suka coklat boleh tambah sedikit lagi coklat cip atau mentega kacang.
- Bakar di dalam gelombang mikro (microwave) selama dua minit pada suhu sederhana.
- Sebaik dibakar, kek akan kelihatan naik gebu. Rehatkan kek seketika untuk beberapa minit.
Tekstur lembut dan sesuai jika teringin nak makan kek
Kata Dr Athina tekstur kek akan kelihatan lembut dan sesuai buat mereka yang ingin menikmati sepotong kek serta mahukan sesuatu yang sihat. Saiz hidangan untuk resepi ini juga adalah untuk porsi (portion) yang kecil.
Kek ini juga sesuai untuk hidangan seorang ke dua orang makan.
Selain itu, bahan-bahannya juga jimat dan hanya menggunakan apa yang ada di dapur sahaja. Sewaktu kek dipotong kelihatan coklat cip di dalam kek cair dan nampak begitu sedap.
Jadi siapa yang kata orang diet tak boleh makan sedap? Salah tu, korang cuma perlu kreatif dan rajin untuk mencari resipinya sahaja.
Menerusi hantaran lain yang dikongsikan, Dr Athina sering berkongsi menu-menu sihat, sedap dan juga mudah.
@drathina 2 mins Healthy CAKE Around 30gs of Protein! 1 ripe medium banana 1.5 tbsp unsweetened cocoa powder 2 tbsp of oatbran or oats 1/2 teaspoon of baking powder 1/2 scoop of protein powder 1 medium egg Choc chips & mix nuts ! Peanut butter! Optional Hey, its NOT Kenny Hills cake but its DELICIOUS enough for someone who wants to be health, hitting their macros & on a tight BUDGET! Selamat mencubaaaaa #Cake #recipe #healthycake #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – DrAthina – DrAthina
@drathina Dumpling lasagna Sahur Sihat Series day 10 | Dumpling lasagna This recipe is so delicious you wanna make it everyday! 1 chicken breast. (About 150g cooked) 1 egg 2 cloves of garlic 1 teaspoon of ginger Some white pepper Some cabbage A dash of MSG 1 tbsp of low sodium soy sauce A pinch of kuib ayam 1 teaspoon of sesame oil A bit of water or chicken stock The breakdown : for one small bowl Calories : ~215kcal Carbs : ~6g Protein ~26g Fat : ~10g Fiber :~3g #Ramadan #Ramadanrecipes #highprotein #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
@drathina Overnight oats but make it fun! Nutritional value of the base : 1/2 cup of oats (mana2 yg u prefer) 1 tbsp chia seeds 1 cup of milk/water 1 scoop of protein powder (optional. boleh swith to greek yogurt) Calories: ~450kcal Protein: ~38g Carbohydrates: ~45g Fat: ~13g Fiber: ~9g Chocolate date PB 1 tbsp kurma syrup ( beli kat shopee or kedai arab) 1 scoop of choc protein powder 1 tbsp of peanut butter Toppings : greek yogurt with some cut dates Matcha Strawberry 1 cup of matcha instead of milk 1 scoop of vanilla protein powder Toppings : greek yogurt with some strawberry jam + dried strawberries. Blueberry 1 scoop of vanilla protein powder 1 teaspoon of blue spirulina (for fun) and mixed it with milk Toppings : greek yogurt + blueberries Kesian oats kene fitnah #oats #oatsrecipe #ramadan #ramadanrecipes
♬ Marhaban Ya Ramadan – Lux-Inspira
@drathina Boleh try utk moreh malam ni okay?! Jgn lupa lepas letak PB, set in the freezer for at least 2 hours then lepas spread choc, freeze it for another 2 hours. I added a teaspoon of coconut oil to the choc sbb nak kasi smooth. Makan bar ni dgn iced latte, fuh! Also, jgn judge Garmin sayaaa.. tau nnt saya tukar strap tu🫣 #Ramadan #moreh #ramadanrecipes #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Happiness – Piero Piccioni





