Dietitian Saran Orang Ramai Elak Makan Guna Sarung Tangan Plastik Kerana Mikroplastik [Video]

Health & Fitness
12 Jun 2026 • 11:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Dietitian Saran Orang Ramai Elak  Makan Guna Sarung Tangan Plastik Kerana Mikroplastik [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai manusia kita sentiasa dinasihatkan untuk menjalani gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Namun dalam menjalani kehidupan sihat mungkin anda tidak menyedari ada perkara yang boleh mengundang kepada bahaya kesihatan contohnya mikroplastik.

Elak makan guna sarung tangan kerana mikroplastik

Baru-baru ini seorang dietitian, Crystal telah menasihatkan orang ramai untuk mengelak makan menggunakan sarung tangan disebabkan ia boleh mengundang kepada mikroplastik.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Crystal ada yang mengatakan boleh melepaskan mikroplastik dalam makanan.

Mikroplastik boleh tingkatkan risiko penyakit dan kanser

Katanya pendedahan kepada mikroplastik yang tinggi, boleh meningkatkan risiko penyakit termasuklah kanser.

Jelasnya terdapat satu kajian yang membezakan tiga jenis sarung tangan iaitu:

  • Polyethylene (PE)
  • Thermoplastic elastomer (TPE)
  • Polylactic Acid (PLA/ bioplastik)

Sarung tangan jenis PE bebaskan mikroplastik lebih banyak

Ujarnya kajian itu menemukan sememangnya sarung tangan jenis plastik boleh membebaskan mikroplastik dalam makanan.

Menurut Crystal lagi, yang paling banyak melepaskan mikroplastik adalah PE. Manakala yang paling kurang membebaskan mikroplastik pula adalah sarung tangan jenis TPE.

“Terutama jika kita pakai sarung tangan bersama dengan makanan yang bergoreng yang banyak berminyak,” katanya.

Image from: Dietitian Saran Orang Ramai Elak  Makan Guna Sarung Tangan Plastik Kerana Mikroplastik [Video]
Foto: Pexels

Tekstur plastik jadi tak stabil apabila ada minyak

Jelasnya lagi, perkara itu berlaku kerana minyak boleh menyebabkan plastik tersebut menjadi tidak stabil serta menjadikannya lembut dan kembang.

Crystal turut memaklumkan mikroplastik turut dijumpai dalam bekas bungkusan makanan dan juga botol.

Penggunaan yang sederhana bagi pesakit eczema

Akan tetapi terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang perlu menggunakan sarung tangan seperti eczema atau tangan kotor serta tidak boleh mencucinya. Pun begitu, penggunaannya perlulah pada kadar yang sederhana.

“Sekiranya ia hanya malas, maka lebih baik untuk mencuci tangan anda.”

@crystaldietitian_

jangan guna sarung tangan #dietitian #healthtips #kesihatan #ayamgoreng

♬ original sound – Crystal Dietitian – Crystal Dietitian

Pembebasan mikroplastik dua ke tiga kali lebih tinggi dalam minyak berbanding air

Menerusi satu artikel ‘Microplastic Relased From Disposable Food-Handling Glaves: Role Of Material Type and Food Simulant’ mengatakan hasil kajian dilakukan menunjukkan sistem yang mengandungi minyak menggalakan pembebasan mikroplastik dengan ketara, dengan tahap pembebasan secara amnya dua ke tiga kali lebih tinggi berbanding yang terdapat pada persekitaran air.

Menerusi kajian itu turut menjelaskan sarung tangan pakai buang boleh membebaskan mikroplastik dalam air dan minyak masak dengan pembebasan minyak yang jauh lebih tinggi.

Ini bermaksud semasa penggunaan harian, khususnya semasa mengendalikan makanan tinggi lemak, sarung tangan boleh menjadi sumber yang melepaskan mikroplastik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved