Difitnah ganggu tunang orang, Idan Aedan terima ugutan bunuh

LocalEntertainment
13 Oct 2026 • 9:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Difitnah ganggu tunang orang, Idan Aedan terima ugutan bunuh

KUALA LUMPUR – Gara-gara terpalit kontroversi dikatakan mengganggu wanita berstatus tunangan orang, pelakon Idan Aedan mengakui pernah menerima ugutan melampau termasuk bunuh.

Menurut Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 22, ugutan itu diterimanya dalam media sosial oleh beberapa individu.

“Ketika kisah itu sedang hangat diperkatakan, saya dapat banyak komen negatif dalam media sosial termasuklah ugutan bunuh.

“Disebabkan itulah saya ambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan melantik peguam. Saya juga membuat laporan polis.

“Kalau komen-komen lain saya tak ambil pusing. Tetapi bila melibatkan ugutan bunuh, saya perlu ambik tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran poster dan trailer filem Kacau, di sini, semalam.

Ditanya sama ada  mengenali individu yang membuat ugutan tersebut, kata Idan, dia langsung tidak mengenali siapa mereka.

“Komen-komen itu dibuat secara rawak. Ada yang menggunakan dialek yang saya kurang faham. Jadi saya rujuk kepada rakan pelakon iaitu Evanattie Sannie yang berasal dari Sabah untuk faham apa yang mereka komen,” jelasnya.

Tambah calon Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-35 itu lagi, kes ini masih berjalan dan kini hampir selesai.

“Apa yang saya boleh katakan kes ini hampir ke penghujungnya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Idan enggan menjadikan isu ini sebagai pelemah semangat untuknya terus memberikan yang terbaik dalam kerjayanya.

“Saya dan keluarga baik-baik sahaja. Kami teruskan hidup seperti biasa. Peminat-peminat pun okey sahaja dan mereka sangat menyokong kerjaya saya. Saya pun lebih fokus kepada kerja seni saya.

“Kalau boleh saya tak mahu terlampau negatifkan hidup saya walaupun ramai yang mencuba untuk jatuhkan saya,” kongsinya.

Terdahulu, Idan dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita berstatus tunang orang selepas beberapa rakaman kononnya dia ke hotel bersama wanita tersebut turut tersebar.

Dalam perkembangan lain, Idan bakal muncul dengan filem seram Kacau arahan Muzzamer Rahman yang bakal menemui penonton pada 12 November 2026. – KOSMO! ONLINE

The post Difitnah ganggu tunang orang, Idan Aedan terima ugutan bunuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved