Difitnah tak puas hati kemenangan Jaclyn Victor, Dayangku Intan buat laporan polis

12 Dec 2023 • 7:07 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga aktivis, Dayangku Intan akan membuat laporan polis terhadap akaun media sosial berbentuk satira, Harakat Daily berhubung kenyataan berunsur fitnah mendakwanya mempertikaikan kemenangan Jaclyn Victor di All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Menyifatkan tindakan itu berniat jahat, Harakat Daily dalam salah satu hantaran di Facebook mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Dayangku Intan anggap kemenangan Jaclyn Victor semalam tidak wajar berlaku “ramai lagi penyanyi Melayu Muslim yang lebih layak”.



Susulan itu, penyanyi era 80-an yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang dan Berpaut Di Dahan Cinta itu akan membuat laporan polis hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media, pihak Dayangku Intan memaklumkan bahawa sesuatu sindiran hendaklah berdasarkan peristiwa sebenar.

“Namun, dalam hal ini, ia tidak berlaku dan Dayangku Intan tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung Gegar Vaganza (GV) atau pun Jaclyn Victor di atas kemenangannya.

image is not available
Dayangku Intan dijadual membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati petang ini. - Gambar Instagram Dayangku Intan, 12 Disember, 2023

“Posting itu telah pun dikongsi lebih 500 kali dan mengundang hampir 3,000 komen, kebanyakannya negatif termasuk komen yang mengancam untuk mencederakannya secara fizikal,” katanya.

Dayangku Intan dijadualkan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, kira-kira jam 6 petang ini. – 12 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved