Digantung parti UMNO, Hishammuddin beri bayangan enggan buat rayuan

LocalPolitics
1 Jul 2025 • 5:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
parti umno

Bekas Naib Presiden parti UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi bayangan tidak akan membuat rayuan berhubung penggantungan keahliannya dalam parti meskipun peluang itu dibuka mengikut perlembagaan UMNO.

Instagram will load in the frontend.

Digantung parti UMNO tanpa diberi peluang bela diri

Menerusi hantaran di Instagram, Ahli Parlimen Sembrong itu menyatakan beliau tidak diberi peluang membela diri dan sehingga kini tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai sebab sebenar keahliannya digantung selama enam tahun oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Januari 2023.

“Saya tak rayu kerana tidak diadili sebaiknya dan saya enggan gadaikan prinsip saya pegang… ini bukan soal keahlian atau kedudukan tetapi soal prinsip, integriti dan keadilan saya pegang,” katanya.

Lembaga disiplin parti UMNO tak panggil beri penjelasan

Beliau juga mendakwa tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk memberi penjelasan berkaitan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Hishammuddin turut mempersoalkan tindakan pimpinan parti yang kini menekankan aspek prosedur untuk membuat rayuan, sedangkan semasa penggantungannya dahulu perkara itu didakwa tidak diendahkan.

“Saya tak tahu sebab sebenar keahlian saya digantung, tak diberi peluang untuk bela diri pun,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, UMNO Bahagian Sembrong meluluskan usul supaya kepimpinan pusat menerima semula Hishammuddin. Ketua UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga menyatakan komitmen untuk membawa usul tersebut ke peringkat tertinggi parti.

image is not available

Untuk rekod, media melaporkan Hishammuddin digantung keahlian kerana didakwa melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO, namun tiada butiran lanjut dinyatakan secara terbuka.

Sumber: Instagram hishammuddinhussein