“Digari Bersama Isteri Kenangan Tak Akan Dilupakan” – Pelawak Mamat Sepah

24 Jul 2024 • 11:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mamat sepah

Sebelum ini, pelawak Mamat Sepah dan isterinya, Nor Diana Ibrahim telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa menyebarkan maklumat kes siasatan polis di aplikasi Telegram.

Mamat Sepah bagaimanapun tampil mengakui memang benar dia dan isteri telah ditahan dan digari ke mahkamah. Bagaimanapun, kes itu diletakkan sebagai No Further Action (NFA) atau tindakan lanjut.

Tiada bukti menunjukkan mereka bersalah…

image is not available

Dalam pada itu, Mamat berkata dia dan isteri sudah diberikan semula telefon bimbit. Hampir tiga minggu dirampas Jabatan Forensik Bukit Aman bagi tujuan siasatan.

Kata Mamat, mereka berdua memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Tiada sebarang bukti menunjukkan dia menularkan isu Pejabat Polis Shah Alam.

Digari bersama-sama isteri adalah satu kenangan terindah…

3 hari saya di tahanan polis telah memberi sejuta kenangan yang begitu luas dalam hidup.

Saat digari bersama isteri untuk pergi ke mahkamah adalah satu kenangan terindah dalam hidup saya. Mungkin hingga akhir hayat yang saya tak akan lupakan.

Dalam pada masa yang sama, dia turut sempat mengucapkan terima kasih kepada peguamcaranya. Ini kerana banyak membantu dalam kes ini hingga dirinya serta isteri terbukti tidak bersalah.

image is not available

Jap!