Digelar ‘Hero’, Lelaki Ini Dapat Pujian Netizen, Berjaya Selamatkan Budak Perempuan Yang Hampir Jatuh Balkoni

15 Jun 2022 • 10:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular satu video di media sosial, seorang lelaki berjaya selamatkan seorang budak perempuan yang hampir jatuh dari balkoni rumah.

Video yang dimuat naik di TikTok Malaysianupdatenews telah mendapat sambutan orang ramai, kerana lelaki itu berani memanjat rumah sebelah demi menyelamatkan budak perempuan tersebut.

@malaysianupdatenews Allahuakbar tekejut tengok video ni..Salute betul dengan brader tu, terima kasih bro image is not available#beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Situasi di dalam video ini membuatkan orang ramai terkejut dan cemas apabila budak perempuan tersebut bergayut di balkoni rumahnya.

Namun, sikap keberanian seorang lelaki yang memanjat dari rumah sebelah untuk menyelamatkan budak perempuan itu telah mendapat pujian daripada netizen.

Ada yang kata lelaki itu patut diberi ‘ikon’ keberanian. Salute lah bang!

Satu nyawa amat berharga

image is not available

Ikon keberanian

image is not available

image is not available

Mana mak ayah?

image is not available

Demi satu nyawa..

image is not available

Semoga ibu bapa semua ambil iktibar daripada kejadian ini. Jangan biarkan anak-anak berada di rumah seorang diri sebab kita tak tahu apa yang akan mereka lakukan. Sekarang ni macam-macam benda boleh terjadi. Jadi, sentiasalah berwaspada ya!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media