Digg Bakal Kembali – Diambil-Alih Oleh Pengasas Asal Bersama Pengasas Reddit

TechnologyDigital
6 Mar 2025 • 10:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Digg merupakan salah satu laman popular sekitar sedekad yang lepas, dimana pengguna boleh berkongsi dan mengundi artikel atau pautan, sekaligus membawa kepada perkongsian pelbagai info terkini melaluinya. Namun, dengan perkembangan media sosial, dan Digg yang lambat berevolusi, membuatkan laman berkenaan semakin dilupakan pengguna – dan berpindah pemilik beberapa kali.

image is not available

Kini, perkara berkenaan berubah, dan Digg telah diambil-alih oleh Kevin Rose, pengasas asal Digg, bersama-sama dengan Alexis Ohanian iaitu pengasas Reddit. Dibawah kedua-dua pemilik baharu, kini Digg ingin diberikan nafas baharu, termasuk mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dalam menapis kandungan.

Ia turut dikongsikan pada media sosial hari ini, pelbagai perbincangan adalah tidak sihat, selain turut perlu melalui berita palsu, spam, dan juga interaksi yang berbentuk menyerang. Digg menyasarkan untuk mengatasi perkara berkenaan, dan membangunkan komuniti lebih sihat.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan, tetapi dikatakan Digg baharu akan hadir dalam masa beberapa minggu lagi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved