Digi Tawar Data 77GB + YouTube Tanpa Had Untuk RM9 Bagi 3 Hari

TechnologyDigital
7 Jul 2022 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Digi kini hadir dengan promosi masa terhad, membolehkan para pengguna untuk melanggan pakej khas, data sebanyak 77GB bersama YouTube tanpa had pada harga RM9. Langganan ini boleh digunakan untuk 3 hari lamanya.

image is not available

Promosi ini disediakan oleh Digi bersempena jualan 7.7, dan ditawarkan sehingga 10 Julai 2022 kelak.

Bagi anda yang berminat, boleh melanggan pelan ini melalui aplikasi myDigi hari ini, pada bahagian “Booster”.