Digi Tawar Promosi Tempoh Aktif Talian Prabayar 365 Hari, Pada Harga RM54

TechnologyDigital
1 Feb 2023 • 5:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Digi 365Hari

Bersempena dengan jualan 2.2, kini Digi hadir dengan promosi khusus bagi para pelanggan talian prabayar, membolehkan pengguna membeli tempoh aktif talian selama 365 hari, pada harga hanya RM54 (berbanding RM108 kebiasaannya).

image is not available

Digi menawarkan promosi ini sehingga 7 Februari 2023 kelak. Pengguna Digi hanya perlu ke aplikasi MyDigi, seterusnya membeli tempoh aktif ini pada bahagian Booster. Tempoh aktif yang dibeli akan sah untuk tempoh 365 hari selepas pembeliannya.

Berikut merupakan pelan prabayar yang disokong dibawah pembelian tempoh aktif 365 hari ini:

image is not available