“Diharamkan Syurga Ya Dosa Awak Ni..” – Isteri Syukri Yahaya Minta Individu DM Semula Setelah Menghantar Mesej Tak Baik

17 Nov 2023 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tiada angin tiada ribut, isteri kepada aktor terkenal, Shukri Yahaya yang dikenali sebagai Tya Adnan baru-baru ini menerima sebuah DM di Instagram peribadinya yang membuatkan dirinya berasa kurang senang hati kepada si penghantar.

Tya telah menyatakan rasa marahnya itu di Instagram story apabila seorang individu telah menghantarkan mesej yang berkemungkinan tidak baik kepadanya. Namun kata Tya, dia tidak sempat membaca penuh apa yang ditulis kerana telah dipadam oleh penghantar.

Lah delete dah? Kau kalau nak buat jahat tapi takut-takut jangan buat dik

Diharamkan syurga ya dosa awak ni. Akak takkan maafkan awak sampai awak DM akak semula.

image is not available

Sumber : Instagram  

Meskipun tidak sempat dibaca, namun isteri kepada pelakon ini pasti ia bukan sesuatu perkara yang baik oleh kerana cara individu tersebut memadamnya dengan cepat. Tambah Tya, dia tidak akan memaafkan individu tersebut selagi dia tidak menghubungi Tya semula.

Tak sampai di situ, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkata diharamkan syurga untuk indiviu tersebut kerana apa yang telah dilakukan. Hingga kini masih tiada update dari kedua belah pihak bermaksud Tya belum lagi menerima sebarang mesej dari individu berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 months ago

"Patut Ramai Artis Yang Bertaubat" - Picit-Picit Kaki, Video Mesra Janna Nick & Syukri Yahaya Curi Perhatian