Diikat Di Pagar Rumah Di Miri, Keadaan 2 Anjing Ini Buat Ramai Risau

12 Mar 2023 • 4:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anjing terbabit dikatakan diikat di pagar rumah itu sepanjang hari

Diikat Di Pagar Rumah Di Miri, Keadaan Anjing Ini Buat Ramai Risau. Apabila kita membuat keputusan untuk memiliki haiwan peliharaan, kita perlu memastikan bahawa mereka sentiasa selesa.

Namun, seorang pemilik anjing di Miri baru-baru ini menerima kritikan kerana mengikat anjing mereka di pintu pagar rumah mereka dan dikatakan membiarkan anjing itu diikat di sana sepanjang hari.

image is not available
Diikat Di Pagar Rumah Di Miri, Keadaan 2 Anjing Ini Buat Ramai Risau

“Anjing ini diikat didepan gate siang malam tak kira hujan panas,” – netizen

Baru-baru ini, seorang penduduk Miri mendedahkan layanan pemilik anjing ini terhadap anjing mereka apabila berkongsi gambar salah seekor anjing itu kelihatan tidak selesa kerana diikat pada pintu pagar rumah pemiliknya.

Menurut Siren Hed, anjing itu dilihat diikat di pintu pagar rumah tengah hari tadi dan berkata anjing itu sentiasa dibiar diikat seperti itu sepanjang hari, tidak kira cuaca.

image is not available
Kredit: Facebook

Apa yang lebih menyedihkan ialah anjing itu kelihatan tidak mempunyai sebarang mangkuk air berhampiran walaupun cuaca sangat panas.

Difahamkan, pemilik anjing itu juga telah ditegur oleh jiran lain sebelum ini namun dikatakan sentiasa memarahi mereka yang menegur mereka.

image is not available
Kredit: Facebook

Anjing terbabit dikatakan ‘hilang’ selepas didedahkan

Dalam susulan oleh Siren Hed, mereka telah menerima maklumat bahawa anjing berkenaan tidak lagi berada di pintu pagar selepas posting ini dikongsi.

Namun, mereka masih bimbang tentang keadaan anjing itu dan berharap sesiapa yang mempunyai maklumat tentang anjing itu boleh tampil untuk menyampaikannya untuk tindakan lanjut.

image is not available
Kredit: Facebook

Sementara itu, netizen juga tidak berpuas hati dengan cara anjing itu dilayan dan berpendapat pihak berkuasa yang berkenaan perlu mengambil tindakan.

Berikut adalah antara komen netizen:

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Kesiannya anjing itu. Harap2 anjing tu dalam keadaan baik je. Tak dapat dibayangkan macam mana anjing ni terpaksa bertahan diikat pastu berhadapan dengan hujan atau cuaca panas.

Lagi di sini: