Diiktiraf Buat Pertama Kali, Meja Bertanda “Negara Palestin” Dalam UNGA Diwujudkan

WorldPolitics
12 Sep 2024 • 10:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Diiktiraf Buat Pertama Kali, Meja Bertanda “Negara Palestin” Dalam UNGA Diwujudkan

Delegasi Palestin mencatat sejarah apabila secara rasmi diberikan tempat duduk dalam kalangan negara anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79.

Walaupun Palestin bukan ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kehadirannya menandakan pengiktirafan baru yang diberikan kepada delegasi itu.

Pada Mei lalu, majoriti besar Perhimpunan Agung mengesahkan bahawa Palestin layak menerima keahlian penuh, namun usaha ini dihalang oleh Amerika Syarikat (AS).

Resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung bagaimanapun telah memberikan hak baru kepada Palestin.

Palestin masih tidak mempunyai hak untuk mengundi atau menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.

Namun, mereka kini diberikan keupayaan untuk mengemukakan cadangan dan pindaan serta duduk bersama negara anggota lain.

Duta Palestin, Riyad Mansour, dalam UNGA yang berlangsung pada Selasa dilihat mengambil tempat duduk baharu di meja yang bertanda “Negara Palestin”, di antara Sri Lanka dan Sudan.

“Ini bukan sekadar urusan prosedur. Ini adalah saat bersejarah bagi kita,” kata Duta Mesir, Osama Mahmoud Abdelkhalek Mahmoud, dalam menyokong pengiktirafan ini.

Tindakan ini bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada Israel.

Sejak 2012, Palestin telah memegang status “negara pemerhati bukan ahli” di PBB.

Pada April lalu, selepas tercetusnya konflik di Gaza, Palestin sekali lagi melancarkan usaha untuk mendapatkan keahlian penuh PBB.

Bagaimanapun, sokongan penuh memerlukan undi daripada Majlis Keselamatan, yang telah diveto oleh AS, sekutu rapat Israel, pada 18 April.

Meski masih berdepan halangan politik besar daripada beberapa kuasa besar dunia, langkah terbaru ini mencerminkan perjuangan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa yang lebih luas di arena global.

Terdahulu, hasrat rakyat dan kepimpinan Malaysia agar Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB serta gesaan gencatan senjata telah disampaikan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatannya di Facebook berkata gesaan itu disampaikan Mohamad seiring dengan kenyataan Antonio di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.

Sumber: AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved