Diikuti Oleh Penerbit Terkenal, Rosé BLACKPINK Dijangka Bakal Buat Kemunculan Semula?

Music
10 Jan 2024 • 2:13 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas Jennie, Rosé turut sama dikatakan bakal buat kemunculan semula.

Baru-baru ini, netizen mendapati bahawa ramai penerbit muzik terkenal telah mengikuti Rosé BLACKPINK di Instagram. Hal ini menyebabkan timbul syak wasangka tentang kemungkinan kemunculan semula solo idola itu.

Antara penerbit yang mengikuti Instagram Rosé ialah Cirkut, orang yang sama mencipta lagu untuk Katy Pery, Miley Cyrus, Harry Styles, Doja Cat dan ramai lagi penyanyi popular. Selain itu, Gianstone dan Robbisel juga mengikuti laman Instagram Rosé.

image is not available

Hal demikian, netizen menyangka bahawa ada potensi besar yang Rosé bakal membuat kemunculan semula solo bersama karya daripada penerbit luar negara itu. Namun, masih lagi tiada apa-apa kenyataan rasmi daripada Rosé tentang khabar angin ini.

Laju je netizen buat kerja..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.