Dijadikan Inisiatif Tahunan, Pelajar IPT Sabah Dan Sarawak Terus Dapat Manfaat Program FLYsiswa

6 Nov 2024 • 11:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mahasiswa terutama dari Sabah dan Sarawak kena cakna dengan inisiatif ini

Dijadikan Inisiatif Tahunan, Pelajar IPT Sabah Dan Sarawak Terus Dapat Manfaat Program FLYsiswa. Kementerian Pengangkutan (MOT), Menteri Anthony Loke Siew Fook telah membuat pengumuman bahawa program FLYsiswa akan diteruskan sebagai program tetap tahunan.

Program ini memberi faedah kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dengan menawarkan tiket kapal terbang pada harga yang lebih murah untuk penerbangan dalam negara di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

image is not available
Dijadikan Inisiatif Tahunan, Pelajar IPT Sabah Dan Sarawak Terus Dapat Manfaat Program FLYsiswa

Menurut laporan media tempatan, Menteri Pengangkutan memberitahu bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM48 juta dalam Bajet 2025 untuk menampung kos subsidi tiket penerbangan, termasuk program FLYsiswa dan subsidi tiket sempena musim perayaan.

Bantuan ini akan diagihkan dalam bentuk credit shell, di mana syarikat penerbangan tempatan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang berkelayakan. Baucar ini boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang telah ditetapkan.

Menurut laporan Bernama yang memetik kenyataan Loke, seramai 52,030 pelajar dijangka layak menerima bantuan ini pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, pelajar dari Sabah merangkumi 22,226 orang (42.7 peratus) manakala pelajar dari Sarawak pula seramai 19,171 orang (36.8 peratus).

Baca juga artikel yang berkaitan dengan cara permohonan baucar FLYsiswa: