Dijual Sehingga RM 27K Sepokok, Ini Sebab ‘Orchid Gold Of Kinabalu’ Antara Bunga Termahal Di Dunia

6 Nov 2022 • 7:09 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Biar betul sepokok boleh cecah sehingga berpuluh ribu ringgit

Dijual Sehingga RM 27K Sepokok, Ini Sebab Orchid Gold Of Kinabalu Antara Bunga Termahal Di Dunia. Pokok orkid mempunyai pelbagai spesies, aneka warna, bentuk, harum, tahan lama, unik dan pesona keindahannya menjadi penyeri laman serta ruang kediaman, selain penyumbang kepada industri tanaman hiasan di Malaysia.

image is not available
Dijual Sehingga RM 27K Sepokok, Ini Sebab ‘Orchid Gold Of Kinabal’ Antara Bunga Termahal Di Dunia. Sumber: Iluminasi

Siapa sangka pokok orkid yang asalnya tumbuh liar di hutan mempunyai 1,001 macam manfaat, selain harganya ada yang mencecah hampir berpuluh ribu ringgit sepokok untuk spesies tertentu.

Memberi contoh orkid bernilai tinggi adalah dari spesies Orkid Gold of Kinabalu atau nama saintifiknya Paphiopedilum Rothchildianum, menduduki tempat kelima dalam senarai orkid termahal dunia, iaitu berharga RM27,270 sepokok.

Ini penjelasannya

Mengapa ia sangat mahal?

Memerlukan masa yang tersangat lama untuk mekar, bunga ini dikategorikan sebagai bunga yang memerlukan kesabaran dalam mengendalikannya.

image is not available
Kredit: Naoki Takebayashi

la boleh mengambil masa sehingga 15 tahun sebelum ia berbunga dan spesis ini dikatakan berada di ambang kepupusan yang mungkin membuatkan harganya melonjak lebih tinggi.

Seperti namanya, bunga ini hanya boleh dilihat di kawasan berpagar di Taman Negara Kinabalu di Sabah.

image is not available
Kredit: Orchidweb

Jika anda ingin melihat bunga ini, anda boleh melawat Taman Negara Kinabalu sekitar bulan April atau Mei.
Nilai harga bunga ini mencecah RM27,270.

View Original Article