Dikatakan ‘Hina Islam’, Krew Filem Kontroversi Mentega Terbang Dedah Kini Hidup Ketakutan

16 Mar 2023 • 3:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Ini bukan cara menegur seperti yang diajar oleh Islam”- Netizen

Dikatakan ‘Hina Islam’, Krew Filem Kontroversi Mentega Terbang Dedah Kini Hidup Ketakutan. Sejak minggu lepas, filem Mentega Terbang arahan pengarah muda, Khairil Anwar, menjadi viral setelah dituduh mengandungi babak yang merendahkan agama Islam dan sensitiviti umat Islam.

Filem tersebut, yang berdurasi satu jam 45 minit, mendapat perhatian kerana menggambarkan seorang bapa yang tidak memaksa anaknya untuk memeluk agama tertentu, yang bertentangan dengan ajaran Islam.

image is not available
Dikatakan ‘Hina Islam’, Krew Filem Kontroversi Mentega Terbang Dedah Kini Hidup Ketakutan. Kredit: Twitter

Filem yang dikeluarkan oleh syarikat Meng Kheng Entertainment dan ditayangkan pada 19 Januari melalui platform penstriman dalam talian, telah mencetuskan pelbagai reaksi termasuk kecaman dari netizen.

Ulama dan ahli Dewan Negara Malaysia, Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut memberikan perhatian terhadap filem tersebut. Beliau merasa terpanggil untuk memberikan ulasan dan penjelasan mengenai kontroversi yang berkaitan dengan penerbitan filem tersebut.

image is not available
Kereta disimbah asid

Dalam blog rasminya, Dr Zulkifli mengemukakan bahawa isu seperti agenda pluralisme dalam beragama semakin menjadi-jadi pada masa kini. Pluralisme ini boleh membawa kepada kelahiran demokrasi liberal yang pada hakikatnya boleh memberi kesan kepada mereka yang sedang mencari kebenaran mengenai tauhid dan agama yang sebenarnya.

Kereta disimbah cat merah dan disimbah asid

Berikutan itu, rata-rata penonton tidak berpuas hati dengan tayangan filem tersebut yang dikatakan mempersendakan Islam.

Baru-baru ini, seorang individu di Twitter telah berkongsi beberapa keping gambar di mana kenderaan milik pelakon dan pengarah filem ‘Mentega Terbang’ itu disambah cat merah dan disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Bukan itu sahaja, mereka juga menerima ugutan dan ancaman bunuh oleh individu tersebut.

image is not available

Ini respons netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan ‘cara’ individu tersebut membuat provokasi ke atas pengarah dan pelakon filem kontroversi itu.

image is not available

image is not available

Bahkan, ada yang beranggapan tindakan itu sebagai salah satu gimik pemasaran mereka sahaja.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: