Dikebumikan di Temerloh, suami Noniswara, bapa mentua MK K-Clique meninggal dunia

Entertainment
2 Oct 2023 • 9:59 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SUAMI kepada aktres Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia.

Berita duka itu disahkan oleh aktres berkenaan menerusi IG Story miliknya.

Noniswara, 54, berkata, jenazah suaminya akan dimandikan dan disembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi Isnin sebelum dibawa ke kampung halaman di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk urusan pengebumian.

image is not available

 

Noniswara berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.

Allahyarham Sheikh Nordin juga bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique.

image is not available

Menerusi hantaran di IG Story, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, menyiarkan ucapan takziah mengenai pemergian bapa mentuanya itu.

MK berkahwin dengan Siti Hajaar di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor pada 16 Jun lalu.

Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin yang merupakan ahli perniagaan telah membina sebuah rumah agam unik, Dato’ Syeikh Residences di Kampung Batu Gading, Temerloh, Pahang.

image is not available

Ia mengambil inspirasi daripada unsur seni bina di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan.

Rumah berkenaan dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung dan keluarga yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!